Monday, August 25, 2008
Sukan Guru dan Kakitangan MRSM Zon Utara
Sukan nie bermula pada 18-21.07.08..MRSM Lenggong berjaya membawa pulang pingat perak bagi acara bola sepak dan catur...
Tahniah kepada semua yg terlibat..
Monday, August 18, 2008
perkahwinan shahril & ilham
perkahwinan shahril & ilham 09.08.08
majlis berlangsung dirumah shahril (air kuning taiping perak)
selamat pengantin baru semoga bahagia hingga akhir hayat...
(vid klip nie hanya separuh sahaja...masih terdapat dua lagu)
Thursday, August 14, 2008
minggu aktiviti pelajar MRSM Lenggong sem 2
Aktiviti pelajar2 MRSM Lenggong nie berlangsung dari 26.07.08-01.08.08....
Terima kasih pada semua yg terlibat...
Monday, July 14, 2008
Kem kepimpinan
Friday, July 11, 2008
Selamat Pengantin Baru
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Untuk pegetahuan semua,Pengantin lelaki ialah bapa menakan aku (pak su).. majlis berlansung di kampung Alor Besar,Kedah...
Wednesday, July 9, 2008
member SMT Balik Pulau
haaa...klo sume nak tau...nie la sebilangan kawan2 aku masa kat SMT Balik Pulau...tyme nie kami wat perjumpaan kat sekolah..memeng best la sbb dah lama xjmp kawan2..bila jmp je,ada yg dah bawa anak n isteri masing2...wah..cemerlang btol kawan2 aku...heheheh....pape pun nantikan reunion yg akan datang ek...Tuesday, July 8, 2008
Cara Minum Mengikut Rasulullah S.A.W.
Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk
dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yg tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW
suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis
bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu
atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada
menyebut
"Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari
cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu
mempunyai khasiat yan g lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul
didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling
bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus
berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke
dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah "
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan
bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat
Jazakumullahu Khairan Khatirah.......

