Thursday, December 11, 2008

Cinta Seorang Lelaki

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.

Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

  • Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

  • Lega apabila pasangan memujuknya.

  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.


  • Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.

    Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

    Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.

    Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.

  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

  • Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menya yanginya.

  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.

  • Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

  • Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.

  • Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.

  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kem bali.

  • Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Tuesday, November 11, 2008

    Indah kan Ciptaan Tuhan??









    Koleksi gambar Semasa Kursus fotografi (ASFONS)






    Koleksi gambar Semasa Kursus fotografi





    Kursus Kreatif Fotografi (cameron highland)






    kursus nie berlangsung dari 2-5 november 2008..
    dalam kursus nie aku byk blajar teknik2 komposisi,dan cara menggunakan camera secara manual..peserta yang datang ke kursus nie dari pelbagai tempat dan pelbagai latar belakang..so aku dapat berkenalan ngan ramai kenkawan baru n bertukar2 pendapat tentang fotografi...Terima kasih kepada semua kawan2..Dan xlupa juga kepada sifu2 yang byk memberi tunjuk ajar...

    Thursday, September 25, 2008

    Kenangan Mr.Fie di MRSM Lenggong


    Assalamualaikum..
    Rasanye dah lama aku x uploadvid baru kat dalam blog nie...Dsbbkan kesibukan kerja, so byk gak vid yg sepatutnye aku upload dah tertangguh...di kesempatan nie aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat..Dan ucapan terimakasih kepada semua yg memberi galakan dan sokongan untuk blog nie...Vid nie aku edit sempena perpindahan seorang sahabat yg berpindah ke tempat kerja baru..iaitu perpindahan Mr.Fie ke KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI KUANTAN pada 19.09.08 (hari terakhir di MRSM Lenggong)..
    Kepada Mr.Fie..selamat menempuh kehidupan baru dikampung halaman sendiri...Dan semoga cepat mendirikan mahligai bahagia bersama insan tersayang...
    Aku & warga MRSMLenggong mengucapkan selamat maju jaya dan selamat Berbahagia...

    Monday, August 25, 2008

    Sukan Guru dan Kakitangan MRSM Zon Utara

    Berlangsung di MRSM Transkrian,Pulau Pinang.
    Sukan nie bermula pada 18-21.07.08..MRSM Lenggong berjaya membawa pulang pingat perak bagi acara bola sepak dan catur...

    Tahniah kepada semua yg terlibat..

    Monday, August 18, 2008

    perkahwinan shahril & ilham


    perkahwinan shahril & ilham 09.08.08
    majlis berlangsung dirumah shahril (air kuning taiping perak)

    selamat pengantin baru semoga bahagia hingga akhir hayat...
    (vid klip nie hanya separuh sahaja...masih terdapat dua lagu)

    Thursday, August 14, 2008

    minggu aktiviti pelajar MRSM Lenggong sem 2

    Aktiviti pelajar2 MRSM Lenggong nie berlangsung dari 26.07.08-01.08.08....

    Terima kasih pada semua yg terlibat...

    Monday, July 14, 2008

    Kem kepimpinan

    Tyme nie 1st kursus untuk budak2 LDP & BWP MRSM Lenggong..Aku sesaje je nyibuk dalam kem nie....heheheh...Kem ni kat Perasa Autocam Changkat jering dekat taiping...Kem nie bawah kelolaan Kak Zam,Hari 1st sampai memang best la sbb sampai je terus start aktiviti..Malam plak mcm2 dugaan datang..dengan hujan lebat + ribut petir n tiba2 plak ada sorang budak pompuan kna kacau ngan makhluk halus...hai leceh tol la,dah la xda sesape pun yg berani skit....so xda la hero dalam citer nie...

    Friday, July 11, 2008

    Selamat Pengantin Baru

    Selamat pengantin baru..
    semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Untuk pegetahuan semua,Pengantin lelaki ialah bapa menakan aku (pak su).. majlis berlansung di kampung Alor Besar,Kedah...

    Wednesday, July 9, 2008

    member SMT Balik Pulau


    haaa...klo sume nak tau...nie la sebilangan kawan2 aku masa kat SMT Balik Pulau...tyme nie kami wat perjumpaan kat sekolah..memeng best la sbb dah lama xjmp kawan2..bila jmp je,ada yg dah bawa anak n isteri masing2...wah..cemerlang btol kawan2 aku...heheheh....pape pun nantikan reunion yg akan datang ek...
    Posted by Picasa

    Tuesday, July 8, 2008

    Cara Minum Mengikut Rasulullah S.A.W.


    Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.
    Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk

    dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
    Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

    1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
    2. Mencuci perut
    3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yg tidak
    dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
    4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan
    sedu
    5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW
    suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.


    Minuman Manis dan Sejuk

    Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis
    minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis
    bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu
    atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada
    menyebut
    "Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari
    cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

    Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu
    mempunyai khasiat yan g lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul
    didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling
    bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus
    berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke
    dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.


    Ringkasan adab minum

    1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
    2. Bacalah " Bismillah"
    3. Minum dengan tiga nafas
    4. Minum dalam keadaan duduk
    5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
    pernafasan ketempat lain.
    6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
    "Alhamdullilah "
    7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
    berdiri
    8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis
    menyatakan

    bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
    9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
    setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat


    Jazakumullahu Khairan Khatirah.......

    surah2 penawar




    Surah Al-Kautsar

    Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
    Makkah
    dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
    batu
    permata nan indah dan cantik.

    Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
    susu
    dan lebih wangi daripada kasturi.

    Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
    kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
    dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

    Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

    1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
    makbulkan doa kita.

    2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
    leher,
    Insya'allah hilang dahaga.

    3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
    mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

    4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
    mudah-mudahan
    Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

    5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

    6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
    ketika
    menunaikan solat.

    7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
    s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
    tetapi
    dizalimi.

    tazkirah siket

    1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
    Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
    puluh ribu tahun lamanya .

    2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
    menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
    melaknat dan perintah turun ke bumi.

    Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

    3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
    Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
    Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

    4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
    Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
    suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
    ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
    menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
    adik-beradik jin lah tuu.

    5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
    lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
    kubur.

    6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
    perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
    Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

    Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
    Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
    ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
    bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
    pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

    7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
    jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
    nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
    memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
    Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
    Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
    tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
    hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
    tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
    pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
    Sulaiman telah mangkat.

    8) Manusia juga dilarang membuang air di
    lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
    tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
    larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

    9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
    yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
    situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
    surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
    hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu
    suka sangat menepung tawar !!!

    10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
    ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9

    kali henti

    Monday, June 23, 2008

    salam sejahtera

    Alhamdulillah.. kerana saya sempat menbuat satu blog.
    insyaAllah,pada masa2 akan datang saya akan memuatkan lebih banyak maklumat untuk dikongsi bersama...