Sunday, March 6, 2011

Peliknya CiNtA LeLaKi

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

a)Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

b)Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

c)Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

d)Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

e)Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

f)Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

g)kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

h)Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

i)Lega apabila pasangan memujuknya.

j)Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

k)Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

l)Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

“Be the best friend FIRST!”


Pada asasnya, sesiapa sahaja yang 'looking for love', atau menginginkan sesebuah perhubungan cinta, perkara yang selalu menjadi masalah mereka ialah, tiada kawan yang dari opposite sex untuk menjadi tempat mengadu! Kalau wanita dengan wanita…memang bolehlah bercerita, lelaki dengan lelaki pun boleh jugak. TETAPI…wanita akan lebih selesa bercerita dengan kawan lelaki kerana mereka lebih memahami perasaan wanita itu. Begitulah juga sebaliknya! Nahh…itulah yang bro cakap, “Be the best friend FIRST!” Apabila anda sudah memecahkan benteng pertahanan si dia, dengan menjadi best friend dia…anda cukup mudah untuk berada dekat dengannya. Malah kemungkinan besar, dia yang tercari-cari kan anda! Kerana, mereka ini sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh berada bersama mereka all the time, untuk mendengar masalah mereka, keluhan dan luahan hati yang bersedih kerana tidak dapat cinta yang diidamkan. Then, kalau boleh, best friend dia ni bersetuju dengan apa sahaja keputusan mereka, memahami apa yang dimahukannya.Siapa lagi yang boleh jadi begitu jika bukan teman baik? Mestilah seseorang yang sangat dipercayai, seseorang yang dia tahu, tidak menaruh harapan dan perasaan cinta kepadanya. Cuma, ramai yang tersilap langkah dengan memulakan sesebuah perhubungan dengan menjadi seseorang yang berminat untuk bercinta terlebih dahulu, kemudian baru nak jadi teman baik...mana nak jalan beb! Mestilah dia berhati-hati atau sedikit curiga dengan anda, asyik nak cover aje lah!.. Tapi kalau dengan teman baik…habis cerita dalam kelambu pun diceritakannya!!Jadi...1st thing 1st!.. be the best friend dulu, kerana apabila anda sudah menjadi teman baik, di samping anda menjadi tempat dia mengadu, kepercayaan dia terhadap anda makin menebal, anda dan dia pasti makin rapat...jadi, anda pula berpeluang untuk tampilkan diri anda yang terbaik, malah anda juga berpeluang melihat orang yang diminatinya itu bagaimana caranya…justeru itu anda dapat lakukan jauh lebih baik darinya! Sehinggakan si dia mulai nampak keistimewaan anda, then bro rasa, pasti dia dapat merasakan betapa ruginya dia jika tidak memulakan percintaan dengan anda. So, "Be the best friend
FIRST!"

Warning!...hehehe, Cuma cara ni anda kena banyak sabar…dan tahan emosi anda yang akan pasti bergelora dan mungkin juga mendidih-didih, JEALOUS! Namun, jika anda sabar…ambil masa lama sikit…dia pasti milik anda!

Saturday, March 5, 2011

WaNiTa


Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.